Redhakan Hati Ini

Allah tahu apa yang orang lain tak tahu. Allah tahu aku sedang mencuba dan aku tahu Allah sedang menguji aku. Aku terima dengan apa yang Allah takdirkan untuk aku. Aku cuba memujuk diri agar terus redha dengan apa yang terjadi. Aku cuba melepaskan apa yang sememangnya bukan milik aku.

Walaupun aku berpura pura kuat dan tabah dihadapan manusia yang lain, Allah lebih tahu setiap kemampuan aku. Allah tahu setiap kemampuan hambaNya. Allah tahu bila aku lemah. Allah tahu bila aku merintih hiba. Allah tahu bila hambaNya sedang rapuh. Allah tahu segala-galanya. Tiada apa yang dapat diselindungkan oleh hambaNya. Semuanya Allah tahu.

"Jangan pernah menyalahkan takdir yang berlaku." Mungkin sekarang ia bukan rezeki aku andai takdir tidak memihak kepadaku dan jika ia mengecewakan hati. Setiap perancangan Allah itu indah untuk semua hambaNya. Cuba belajar untuk sentiasa bersyukur dengan segala rezeki dan nikmat yang diberikanNya. Allah tak pernah silap dalam menilai takdir untuk hambaNya.

Alhamdulillah untuk semuanya. In shaa Allah aku mampu melakukannya kerana aku yakin Allah sentiasa ada untuk setiap hambaNya.

sila klik disini:
http://WeeklyYouthPay.com/?ref=338035

Kata Penguat Jiwa