Gadis Idaman Hati


"Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah"
Pernah dengar tak hadis nie?Nie hadis Riwayat Muslim.Aku nak kongsi something nie just 4 gurl..Hehehe....=)


Kita mesti gembira n suke bila kita menjadi idaman lelaki.Betul ta?Mesti la ya jwpan korg...Apatah lagi lelaki yang baik,cerdik,kacak,cute semualah.PERFECT la kirenye kan?Kita akan jadi lebih gembira apabila kita menjadi idaman masyarakat,negara bahkan agama.Dan tentunye kita akan berasa amat gembira bila kita menjadi idaman kekasihALLAH,Rasullullah S.A.W.Kadang2 kita terfikir sendiri,bagaimanakah cara untuk menjadi seorang wanita idaman sedangkan kita tidak mempunyai kulit seputih kapas,bahkan tidak secantik purnama.Prasangka ini hendaklah kita hapuskan kerana kata2 mulia dari Rasul tercinta




:Daripada Abu Hurairah,Rasullullah bersabda"sesungguhnya ALLAH tidak melihat kepada bentuk tubuh kamu dan tidak juga rupa paras kamu,tapi DIA melihat pada hati kamu"HATI inilah yang paling penting sebenarnya.Hati kita hendaklah sentiasa bersih dan perlu dihidupkan selalu dengan sentiasa mengingati ALLAH,kenal akan ALLAH,yakin dengan hakikat yang kita ini adalah hamba ALLAH.Hati hendaklah dihiasikan dengan benih mahmudah dan disucikan dari sampah mazmumah.Tapi kita kena ingat bahawa nak membersihkan hati bukannya mudah.Kita hendaklah mujahadah selalu.Apabila hati kita tunduk pada ALLAH,bersih dari kekotoran maka buah akhlak akan muncul.Akhlak ialah aspek luaran yang muncul hasil kebersihan hati LUARAN kalau kita sudah dapat menutup aurat kita mengikut apa yang ALLAH tetapkan,bersyukurlah.Tapi kalau belum,buatlah apa yang patut.Pakaian wanita Islam yang di kehendaki penciptanya ialah menutup seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan.Telekungnya hendaklah dilabuhkan sehingga ke paras dada.Pakaian itu ALLAH dah tetapkan untuk kita wahai kaum hawa.DIA yang menciptakan kita,tahulah apa yang baik untuk ciptaanNya.

Pemikiran gadis idaman mempunyai pemikiran yang jauh dan besar.Dengan kata lain,dia sentiasa berfikir demi kebahagiaan diri dan masyarakat.Cara berfikir pada asasnya hendaklah didasarkan oleh ilmu dan panduan yang betul dan bertunjangkan Al Quran dan Sunnah.Walaubagaimanapun,apa juga yang kita lakukan sebenarnya bukan untuk mendapat penghargaan dan pujaan masyarakat tapi sebagai untuk memenuhi kewajipan kita sebagai hamba ALLAH yang mendiami bumiNya.Memang nak menjadi gadis idaman tak mudah tapi kita harus berusaha.Pernah dengar tak orang cakap benda mahalmemang payah nak dapat?Pernahkan?Umpama intan dan kaca.Yang mana lebih susah nak kita dapat?Mana yang lebih mahal?Bahkan kaca digunakan sebagai bekas untuk menyimpan intan.Hakikatnya intan jauh lebih mahal dari kaca.Intan jualah yang tetap menjadi idaman setiap orang.So,fikir-fikirkanlah..PEACE...=)

No comments:

Post a Comment