
"Jadikan permulaan hari ini merupakan kebaikan.Sedangkan pertengahannya merupakan kebahagiaan dan penghabisannya merupakan keuntungan."

"Lahirnya insan disambut dengan azan...
perginya insan diiringi dengan solat....
alangkah hidup kita ini jika jaraknya hanyalah antara azan dan solat."

"Harga diri seseorang itu adalah berdasarkan apa yang dia lakukan untuk memperbaiki dirinya...sukar untuk kita mampu lakukan yang lebih baik."

"Senyumlah dikala gembira kerana itulah sebaik-baik utusan yang menggambarkan ketenangan dihati...senyumlah dikala duka kerana itulah yang menggambarkan keredhaan hati menempuhi dugaan Illahi."

"Ukirlah senyuman yang paling manis kerana selain sedekah,senyuman itu ibarat lukisan rahsia hati dan senyuman tidak menyakitkan tetapi menjadi penawar hati yang sakit."

"Mata mula kabur...gigi mula terabur...perut mula kendur...rambut mula gugur.Ingatlah kita sedang menuju ke alam kubur."

"Renungan fikiranmu,ia menjadi kata-katamu...renungan kata-katamu ia menjadi perbuatanmu,amalanmu...renungan amalanmu,ia adalah sifat dirimu kelak."

bila perut, HAH KENYANGNYA mengatasi ALHAMDULLILLAH
bila diri terpegun dengan keindahan alam, SUBHANALLAH
kadang kala kita lupa kerana terbiasa,tetapi ingatlah bahawa apabila Izrail membawa berita,biarlah ucapan LAILAHA IL LALAH

"Kadang-kadang ALLAH hilangkan sekejap matahari

untuk kita,kemudian dia datangkan guruh dan kilat.

Puas kita menangis mencari matahari untuk kita,rupa-rupanya DIA nak hadiahkan kita pelangi





No comments:
Post a Comment