Kebesaran Kasih Sayang Tuhan

Assalamualaikum...
"Wahai hati yang sedang merindui,apabila kita mencintai seseorang sebenarnya kita telah pun merelakan hati untuk dilukai, apabila kita telah menyayangi seseorang sesungguhnya kita telah pun membenarkan diri untuk dibenci. Apabila kita terlalu merindui seseorang, kita telah pun bersedia untuk dilupakan meski pun amat terseksa tapi itulah hakikat hidup, pengajaran yang perlu dirasai bila kasih tak berbalas. Ada masanya kita tidak perlu lagi menoleh ke belakang andainya sejarah silam hanya melukakan hati namun ada ketikanya kita perlu mengingati biar pun terasa pedih kerana ada seseorang yang bermakna menghiasi pengalaman hidup yang pernah kita lalui.

Ada masanya kita terpaksa lepaskan peluang yang lalu di depan mata, ada masanya kita terpaksa lepaskan sesuatu yang tak mungkin kita miliki, kerana selalunya hakikiat hidup tak akan sama dengan kebetulan yang kadang kala tak disangka.

Kadang kala apa yang kita inginkan tak akan sama dengan apa yang kita harapkan, adakalanya apa yang kita harapkan tak akan sama dengan apa yang kita impikan kerana impian hanyalah ilusi, harapan hanyalah kemahuan yang cuba kita gapai, sedangkan segalanya belum tentu untuk dijadikan realiti.

Kasih sayang bukan hanya sekadar ucapan, bukan sekadar memiliki tapi ia adalah sesuatu yang memberi kita nilai untuk terus hidup, memberi kita kekuatan dan makna sesebuah perhubungan."

Bukan mudah untuk kita melupakan seseorang yang pernah hadir dalam hidup kita namun sebagai hambaNya kita perlu redhakan apa jua yang berlaku.


"Sesungguhnya apabila Allah makbulkan doamu, maka Allah sayang padamu, apabila Allah melewatkan apa yang dihajati maka Allah sedang menguji dirimu, apabila Allah tidak makbulkan doamu, maka Allah sebenarnya telah menentukan sesuatu yang terbaik untuk dirimu, oleh itu jangan sesekali dirimu bersangka buruk terhadap Allah kerana kasih sayang Allah mendahului kemurkaanNya."


2 comments: