::Sahabat dan Kawan::

Assalamualaikum...



"Teman itu seperti bintang. Tak selalu kelihatan tapi selalu dihati."

 Nampak tak tajuk dekat atas itu? Sahabat dan kawan. Kenapa saya tulis begitu? Kenapa, kenapa dan kenapa? *banyak soal pulak..kikiki* Mereka adalah sebahagian orang-II yang penting dalam hidup kita. Tanpa mereka, siapalah kita. Tahu tak, sahabat dan kawan ini ada maksud dan makna yang berbeza bagi setiap individu? Defini sahabat, rakan dan kawan ini berlainan bagi setiap orang.For me, sahabat ialah 'seseorang' yang sentiasa ada waktu untuk kita tak kira dimana pun dia berada. Dia adalah 'seseorang' yang sentiasa menyokong segala kebaikan yang ingin kita lakukan, menasihati kita apabila kita melakukan kesalahan dan menolong kita apabila kita berada dalam keadaan yang susah. Bukan berada bersama kita apabila kita senang dan meninggalkan kita apabila kita berada dalam keadaan susah dan sedih. For me, itu adalah KAWAN. I think, kawan adalah seseorang yang bersama kita apabila senang, bahagia dan bergembira. Dan meninggalkan kita apabila kita sedang sedih dan susah. Mereka tak mempedulikan kita apabila kita sedang sedih, susah sebab mereka berfikir yang kita adalah tempat untuk bersuka ria, bukan untuk berkongsi masalah. Jarang kita dapat bertemu dengan 'seseorang' yang layak digelar SAHABAT tapi ramai 'seseorang' yang layak digelar KAWAN. Memang ramai 'seseorang' yang boleh digelar kawan disekeliling kita. Cuba kita perhatikan 'seseorang' yang berada disisi kita, masa itu baru kita tahu hati budi dan perangai 'seseorang' itu. If 'seseorang' itu sentiasa ada disisi kita waktu susah and senang, 'seseorang' itu layak digelar SAHABAT. But, if 'seseorang' itu just ada disisi kita bila bergembira dan bersuka ria tapi menghilangkan diri sewaktu kita susah, itulah seseorang yang layak digelar KAWAN. Sesetengah 'seseorang' ini, ada juga yang jenis meninggalkan dan melupakan kita apabila sedang bahagia dan bergembira then mencari kita apabila berada dalam keadaan sedih. 



"Sahabat adalah seseorang yang datang ketika seluruh dunia meninggalkanmu."


"Sahabat yang baik adalah orang yang sangat kita percayai dan membuat kita tenang apabila bersamanya. Dia adalah tempat untuk kita meluahkan rasa dan menyimpan segala rahsia kita, bukan membocorkan dan menceritakan segala rahsia kita kepada orang lain." 




"Sahabat adalah seseorang yang tahu apa yang dia miliki apabila bersama kita, bukan menyedari siapa kita setelah dia kehilangan sesuatu."

"Sahabat adalah seseorang yang tahu semua kekurangan kita, tapi menunjukkan kelebihan kita. Dia yang tahu ketakutan kita tapi menunjukkan keberanian kita."


Kadang-kadang, sesetengah tingkah laku dan perkara yang diucapkan oleh 'seseorang' itu mengguriskan hati kita. Tapi kita pendamkan saja. Kita tak mahu mereka tahu bahawa kita ter'sentap' dengan apa yang telah 'seseorang' itu lakukan. Semua ini dilakukan adalah untuk menjaga hati mereka. Tapi, pernah ke mereka fikirkan tentang perasaan kita as a friend? Sering kali 'seseorang' itu melukakan hati kita, semakin banyak perkara yang kita pendamkan agar 'seseorang itu tak tahu apa yang kita rasa. As a friend, segala yang 'seseorang' itu lakukan kepada kita biarlah kita lupakan agar ia tak menjadi sesuatu yang 'sakit' dan pahit bagi kita. Biarkan yang lepas itu berlalu dan pergi. Biarlah seseuatu yang indah itu hadir dalam masa depan kita.


"Sahabat sejati ialah seseorang yang mencintai kita meskipun tahu semuanya tentang kebaikan dan keburukan yang ada dalam diri kita."

"Teman itu seperti bintang. Tak selalu kelihatan tapi selalu dihati."






#LuahanHatiSeorangSahabatDanKawan.
#Wassalam. 

No comments:

Post a Comment