Faedah berzikir kepada ALLAH SWT

Assalamualaikum...

Erm sebenarnya tadi saya baru sahaja baca buku yang berkaitan dengan ZIKIR
And dalam buku itu, ada 1 tajuk yang menarik minat saya untuk meng-postkan entry yang bertajuk seperti diatas...



Banyak faedah yang kita dapat apabila kita berzikir kepada Allah SWT. Antaranya:
  1. Berzikir dapat meluruskan fikiran seseorang.
  2. Berzikir dapat menghindarkan diri kita daripada menyimpang dari petunjuk yang diberikan Allah SWT.
  3. Berzikir dapat mengingatkan kita kepada kekuasaan Allah SWT yang terdapat dimuka bumi yang luas ini.
  4. Berzikir dapat mewujudkan keimanan dalam diri kita agar ia menjadi lebih mantap dan akidah yang kuat dalam diri kita.
  5. Dengan berzikir, gelombang otak kita akan selalu bekerja untuk menghasilkan fikiran yang sihat dalam menghubungkaitkan kebenaran Islam.
  6. Apabila bibir kita melafazkan kalimah zikir, selalunya hati akan khusyuk mengingat kebesaran Ilahi melalui lafaz zikir yang diucapkan.Ketika itu gelombang otak kita akan cuba untuk menghubungkan nilai-nilai kebesaran Allah dengan pengakuan kita secara ikhlas akan nilai-nilai kebesaran tersebut.
  7. Apabila kita mampu untuk melakukan zikir melalui bibir, hati dan fikiran, maka kita telah mampu menghubungkaitkan peranan otak melalui pendekatan Islam.
  8. Apabila kita berzikir, kita akan selalu mengingati Allah, akan selalu menghubungkan kehendak itu dengan kehendak Allah SWT.Maka apabila kita selalu berzikir dengan benar dan khusyuk,insyaAllah kita akan selalu berfikir positif dengan ketentuan Allah SWT.
  9. Jika kita telah mampu untuk berfikir positif, maka kita juga akan berakhlak dan bersikap positif. Bermunajat kepada Allah secara positif, berhubungan sesama keluarga, sahabat, masyarakat dan makhluk lain secara positif dan dengan akhlak mulia.
  10. Lakukan zikir dengan khusyuk dan memahami setiap lafaz doa dan zikir yang kita ucapakan. Barulah gelombang otak kita dapat berfungsi menghubungkaitkan kebesaran Allah melalui apa yang kita ucapkan.

"Ketahuilah dengan berzikir kepada Allah hati kita akan tenang"

Berzikir kepada Allah merupakan satu pengakuan bahawa kita perlu memahami dan meyakini akan kebesaran Allah SWT. Antara zikir yang boleh kita amalkan selalu ialah:

'Basmallah'

'Hasbiyallah'

'Hawqalah'

'Takbir'

'Tahmid'

'Tasbih'






#renunganuntukdirisendirijuga#

No comments:

Post a Comment