Assalamualaikum...
Maaf sebab sudah lama saya tidak mengUpdate entry yang terbaru sebab saya baru sahaja selesai menghadapi final exam untuk semester ke-2.
Hari ini saya ingin berkongsi tips-tips untuk kita rasa gembira ,bahagia dan damai.
Tips ini merangkumi aspek kesihatan, personaliti, komuniti dan hidup.
Dari segi aspek kesihatan, kita hendaklah:
- Minum banyak air(sekurang-kurangnya lapan gelas sehari).
- Bersarapan bagaikan seorang raja, makan tengah hari seperti seorang putera dan makan malam umpama seorang pengemis. Maksudnya ialah kita kenalah utamakan sarapan, bersederhana ketika makan tengah hari dan makan sedikit ketika makan malam.
- Lebihkan makanan daripada tumbuh-tumbuhan dan kurangkan ambil makanan yang diproses.
- Hidup dengan prinsip 3E(energy, ethusiasm dan empathy.)
- Peruntukan masa untuk bersolat.
- Lebihkan permainan yang membina minda kita.
- Banyak membaca buku (hendaklah lebih banyak dari tahun lalu).
- Duduk diam dan bertenang sekurang-kurangnya 10 minit setiap hari.
- Tidur selama tujuh jam.
- Ambil masa 10 sehingga 30 minit untuk berjalan setiap hari. Pastikan kita tersenyum ketika berjalan.
Dari aspek personaliti pula, kita hendaklah:
- Jangan bandingkan diri kita dengan orang lain. Kita sebenarnya tidak tahu mengenai kehidupan orang lain.
- Jangan membuat andaian negatif mengenai perkara yang berada di luar kawalan. Sebaliknya kita jana lebih tenaga dalam kehidupan kita sekarang.
- Jangan melakukan sesuatu berlebih-lebihan. Kita hendaklah mengetahui had kita.
- Jangan terlalu memberi tekanan kepada diri kita sendiri.
- Jangan bazir masa berharga kita untuk bergosip tentang perkara yang tidak sepatutnya.
- Bina impian ketika kita sedang berjaga, maka kita akan berusaha untuk merealisasikannya.
- Cemburu adalah perbuatan yang sangat membuang masa. Kita hendaklah sedar bahawa kita sudah ada apa yang kita inginkan dan perlukan. So, buat apa kita nak cemburu dengan orang lainkan? Tak berbaloi pun.
- Lupakan kita silam yang menyakitkan hati dan jiwa kita. Jangan pernah kita ungkit kembali kesilapan yang pernah dilakukan oleh orang lain keatas diri kita. Itulah salah satu perkara yang akan memusnahkan kebahagiaan kita sekarang.
- Hidup ini terlalu singkat untuk kita bazirkan dengan menyakitkan hati orang lain. Jadi cuba jangan membenci sesiapa pun.
- Berdamailah dengan masa lalu kita, jadi kita tidak akan merosakkan masa sekarang kita.
- Tidak ada orang lain yang dapat menggugat kebahagiaan kita kecuali diri kita sendiri.
- Ingatlah bahawa kehidupan ini adalah 'sekolah' untuk kita dan disini kita harus belajar. Masalah adalah sebahagian daripada kurikulum pembelajaran yang akan datang dan pergi, tetapi proses pembelajarannya berlangsung sepanjang hayat.Banyakkan senyuman dan tertawa. Ia akan memberi kita bahagia.
- Kita tidak perlu memenangi semua perdebatan. Bersetujulah untuk tidak setuju.
Dari aspek komuniti pula, kita mestilah:
- Selalu berhubungan dengan keluarga kita.
- Berikan sesuatu yang baik kepada orang lain setiap hari.
- Maafkan semua orang atas segala-galanya.
- Luangkan masa bersama orang yang berusia lebih 70 tahun dan yang berusia bawah 6 tahun(ibubapa, orang tua dan anak-anak yang masih kecil).
- Setiap hari cubalah untuk buat sekurang-kurangnya tiga orang tersenyum.
- Apa yang orang lain fikirkan mengenai kita, itu bukan masalah kita.
- Kerjaya kita tidak akan menjaga kita ketika kita sakit. Sebaliknya keluarga dan rakan yang akan menjaga kita. Oleh itu, kita hendaklah selalu mengingati mereka.
Dari aspek hidup, kita mestilah:
- Lakukan setiap perkara yang betul.
- Singkirkan semua yang tidak berguna, tidak cantik dan yang tidak menggembirakan.
- Ingatlah bahawa ALLAH akan menyembuhkan segala-galanya.
- Apa pun sama ada baik atau jahat, ia akan berubah.
- Tidak kira apa pun perasaan kita, bangunlah dan bersiap dan sedia.
- Yakinlah perkara yang baik pasti akan datang.
- Apabila kita bangun pagi dan kita masih hidup, maka ungkapkan Alhamdullillah(bersyukur kepada ALLAH).
- Suara hati kita sentiasa inginkan kegembiraan, kebahagiaan dan kedamaian. Maka bergembiralah, carilah kebahagiaan dan ungkapkan kedamaian.
- Sampaikan kebaikan kepada orang lain yang kita sayangi agar mereka juga dapat melakukan kebaikan.
#janganlahsusahhati.sentiasatersenyumwalauhatiterluka.
No comments:
Post a Comment