Tujuh Kalimat

Assalamualaikum...
By the way, entry kali ini tentang TUJUH KALIMAT yang sentiasa kita sebut dalam/sepanjang hidup kita tetapi kita tidak tahu bahawa kalimat itu diucapkan dalam perkara/keadaan apa atau keadaan yang sesuai.

Rasullullah SAW pernah bersabda yang membawa erti: "Barang siapa hafal tujuh kalimat, dia dipandang mulia di sisi Allah SWT dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih laut".

Tujuh kalimat yang dimaksudkan ialah BISMILLAH, ALHAMDULLILLAH, ASTAGHFIRULLAH, INSYA' ALLAH, LA HAULA WALA KUWWATA ILLA BILLAH, INNA LILLAHI WA INNA ILAIHI RAJIUN, dan LA ILAHA ILLA ALLAH MUHAMMAD RASULLULLAH.

Bismillah

Alhamdullillah

Astaghfirullah

Insya'ALLAH

La haula wala kuwwata illa billah

Inna Lillahi wa inna ilaihi rajiun

La ilaha illa Allah Muhammad Rasullullah

  • BISMILLAH diucapkan setiap kali kita ingin melakukan sesuatu perkara.
  • ALHAMDULLILLAH diucapkan setiap kali kita telah menyelesaikan sesuatu perkara/hal.
  • ASTAGHFIRULLAH diucapkan apabila lidah kita tersilap meyebut perkataan yang tidak sepatutnya.
  • INSYA'ALLAH diucapkan apabila sedang merencanakan sesuatu untuk masa yang akan datang.
  • LA HAULA WALA KUWWATA ILLA BILLAH diucapkan apabila kita sedang menghadapi sesuatu yang tidak kita sukai/ingini berlaku.
  • INNA LILLAHI WA INNA ILAIHI RAJIUN diucapkan apabila kita sedang menghadapi/menerima musibah yang tidak kita duga/jangka akan berlaku.
  • LA ILAIHA ILLA ALLAH MUHAMMAD RASULULLAH diucapkan sepanjang siang dan malam sehingga tidak terpisah dari lidah kita.Mudah-mudahan kita ingat walau lambat-lambat, mudah-mudahan selalu kita lakukan agar ia menjadi biasa dalam diri kita.





#Mencari ketenangan itu mudah,kita hanya perlu berserah diri kepadaNYA,kerana ketenangan yang abadi hanya datang dariNya iaitu ALLAH SWT.

No comments:

Post a Comment