Assalamualaikum...
Maaf sebab dah lama tak update belog ni sebab tak tahu nak update tentang apa and now aku ada 1 tajuk yang nak dikongsikan dengan korang.*maaf aku gunakan perkataan 'aku' ini sebab sebenarnya aku lebih selesa dengan cara ini walaupun aku tahu ada yang fikir penggunaan istilah ini agak kasar.*
Korang dah baca tajuk dekat atas itu?Hal ini la yang aku nak kongsikan dengan korang.MARAH.Marah adalah salah satu sifat mazmumah iaitu sifat-sifat buruk yang ada dalam diri manusia.Setiap manusia tidak akan pernah lari dari sifat marah walaupun sikit.Jika ada pun adalah disebabkan mereka dapat mengawal kemarahan mereka dengan cara yang betul.
Daripada Abu Hurairah r.a bahawasanya seorang lelaki berkata kepada Nabi s.a.w."Berwasiatlah kepadaku,"Lalu Nabi s.a.w menjawab:"Janganlah engkau menjadi seorang yang pemarah."Orang itu mengulangi permintaan berkali-kali, Nabi s.a.w menjawab:"Janganlah engkau menjadi seorang yang pemarah."(Riwayat al-Bukhari)
Rasulullah s.a.w juga ada bersabda yang membawa maksud "Tidak ada keberanian yang paling disukai Allah S.W.T selain dari keberanian hamba menahan kemarahan.Tidaklah seorang hamba itu menahan kemarahannya melainkan Allah S.W.T akan mengisi dadanya dengan keimanan."(Riwayat Ibn Abi Dunya)
Banyak cara yang boleh kita lakukan untuk kita mengawal nafsu marah kita ini.Antaranya ialah kita hendaklah banyakkan berdiam diri dan sentiasa berdoa kepada Allah agar Allah menyelamatkan dan menjauhkan kita dari sifat-sifat tersebut.Selain itu, apabila sifat marah itu hadir dalam diri kita,kita hendaklah memperbanyakkan membaca Ta'awwuz iaitu A'uzubillahi minas Syaithonirrajim kerana sifat marah itu datang dari syaitan.Di samping itu, jika kita berada dalam keadaan marah, hendaklah kita mengambil wuduk agar kita dapat mengurangkan api kemarahan yang sedang membara dan bermaharajalela di dalam diri kita ketika itu.
Rasulullah s.a.w bersabda:"Apabila salah seorang antara kalian marah maka hendaklah dia diam."(Hadis Riwayat Imam Ahmad)
Rasulullah s.a.w pernah bersabda:"Apabila salah seorang antara kalian marah sedangkan dia berdiri maka hendaklah dia duduk agar kemarahannya hilang, apabila masih belum reda maka hendaklah dia baring."(Riwayat Abu Daud)
No comments:
Post a Comment