Assalamualaikum...
Nampak tak tajuk dekat atas tu?Erm,sebenarnya tetiba saja saya rasa ingin mengupdate entry kali ini tentang CINTA.sememangnya cinta itu memang suci dan indah.Tetapi ada sesetengah orang cakap cinta itu buta.Betul ke?Cinta mana ada mata cik kak and cik abang oi...hehehe.Kita ni ye ada mata.Pernah ke cik kak and cik abang tengok cinta itu macam mana?Kita tak boleh tengok dan lihat cinta itu macam mana tapi kita boleh rasa macam mana cinta itu.Tapi kan rasanya cinta itu kita boleh tunjukkan dengan tingkah laku agar kita dapat menunjukkan bagaimana cinta itu ada dalam diri kita.Faham ke ayat tadi?Macam merapu je.hehehe.Cinta itu suci apabila kita zahirkan cinta itu dengan cara yang betul.Cinta itu buta sebab kita yang tak pandai dan tak tahu erti cinta itu yang sebenarnya.Betul tak?

Cinta itu indah apabila kita mencintai ALLAH, Rasullullah s.a.w dan sahabat Baginda, para rasul, para malaikat, kitab-kitab suci Al-Quran, keluarga kita, sahabat handai dan seluruh alam semesta ini.Cinta itu tidak semestinya antara lelaki dan perempuan tetapi cinta itu juga antara kita dengan Allah, kita dengan Rasullullah, kita dengan ibubapa kita dan juga cinta kita terhadap keluarga dan rakan-rakan kita.

Cinta itu adalah suatu perkara yang tidak dapat dilihat dan dijelaskan tetapi cinta itu boleh dirasa jika kita benar-benar menghayati apa maksud cinta yang sebenarnya.Cinta itu akan hadir tanpa diundang dan pergi tanpa dipinta.Perasaan cinta itu akan memberikan satu anugerah yang tidak ternilai harganya kerana tidak semua orang tahu menggunakan cinta itu di jalan yang benar kerana sesetengah orang akan menyalahgunakan cinta itu untuk kepentingan sendiri yang kadang-kala akan merosakkan orang lain.Kadang-kadang cinta itu akan memberikan kebahagiaan kepada kita, dan cinta itu akan melukakan hati kita jika kita sandarkan kepada sesuatu yang bukan miliknya.
Cinta itu merupakan kasih sayang yang tidak ternilai harganya yang Allah kurniakan kepada kita.Cinta itu juga indah jika kita sandarkan cinta itu pada tempatnya.Cinta dan mencintai itu merupakan satu fitrah yang telah diberikan oleh Allah yang sememangnya lahir dari sanubari setiap insan yang bergelar manusia.Cinta yang saya maksudkan ialah cinta yang diredhai oleh Allah S.W.T.Cinta yang diredhai oleh Allah merupakan cinta yang sangat indah.
Cinta sejati pula apabila kita mencintai dia dan dia mencintai orang lain, kita masih mampu untuk tersenyum dan sentiasa mendoakan kebahagiaan dia walaupun dia tiada disisi kita kerana bagi kita, apabila melihat dia yang kita cintai itu bahagia, kita akan turut merasainya walaupun hakikatnya pahit untuk kita menghadapinya.Betul tak?
Cinta itu akan sentiasa hadir dalam diri orang yang masih inginkan cinta.Cinta itu hadir dalam dirinya walaupun dia pernah dilukai dan dikecewakan oleh orang lain kerana dia yakin yang cinta itu tidak akan pernah berakhir.Mungkin Allah ingin kita bertemu dengan orang yang salah sebelum kita menemui orang yang tepat dan sesuai untuk kita mencintai dan dicintai.
Dan cinta yang sebenar-benarnya adalah cinta yang berlandaskan keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah S.W.T.Ia merupakan cinta seorang hamba kepada Sang Maha Pencipta.Selain itu, ia juga merupakan salah satu tanda kesyukuran kita kepada Allah S.W.T kerana cinta Allah itu tidak akan pernah luntur dan pudar untuk setiap hambaNya.Jangan pernah sesekali kita mencintai sesuatu benda dan perkara melebihi cinta kita kepada Allah kerana cinta selain dari kasih sayang Allah akan mudah pudar, hilang dan luntur.Tetapi cinta dan kasih sayang Allah akan sentiasa utuh untuk setiap hambaNya.Jangan pernah sesekali kita mempertikaikan kasih sayang Allah S.W.T kepada setiap hambaNya.
Di dalam salah satu firman Allah yang bermaksud:
"...Nabi Muhammad SAW ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan sesama sendiri(umat islam)..." ( Surah Al-Fath: 29 )
Cinta inilah yang telah diajar didalam Islam.Kita sendiri dapat melihat bagaimana agungnya cinta itu yang dipenuhi dengan unsur-unsur kasih sayang dan indahnya Islam itu apabila menyuruh umatnya supaya tidak mencemarkan kesucian itu dengan kekotoran nafsu yang boleh merosakkan iman kita.Sesungguhnya cinta yang lahir dan hadir sebelum sesuatu perkahwinan itu merupakan cinta yang palsu kerana ia akan menjerumus kita ke lembah kebinasaan dan kehinaan.
Wallahu'alam. . .
No comments:
Post a Comment