Assalamualaikum...
Dalam kehidupan seharian kita, ramai di antara kita yang tidak tahu tentang manfaat di sebalik Bismillah itu sendiri.Namun, dalam hadis Rasullullah s.a.w ada menyatakan bahawa:
"Barangsiapa yang membaca Bismillah sebanyak 21 kali sebelum tidur maka:
- Dia akan dihindari daripada meninggal dunia dalam keadaan terkejut dan mendadak.
- Dia akan dihindari daripada meninggal/bahaya tenggelam.
- Dia akan dilindungi dan dihindari daripada bahaya kebakaran.
- Dia akan dilindungi dan dihindari daripada bahaya rompakan."
Selain itu, kita disarankan untuk membaca Bismillah ketika mengambil dan menyimpan pakaian digantungan baik pakaian baru atau lama.Hal ini adalah bertujuan agar pakaian yang kita pakai itu tidak digunakan oleh makhluk lain(jin). Contohnya, jika semasa kita memakai pakaian tersebut, kita merasakan bahawa pakaian tersebut tidak selesa dan gatal.Mungkin kita beranggapan pakaian itu lembap atau sebagainya.Sebenarnya pakaian itu telah dipakai atau digunakan oleh makhluk lain dengan cara mereka.Oleh itu, biasakan diri kita dengan sentiasa membaca Bismillah walau apa sekalipun yang kita lakukan.
Wallahu'alam...
No comments:
Post a Comment