Perkara Yang Harus Dilakukan Ketika Menguap

Assalamualaikum...
Entry kali ini adalah tentang perkara yang harus kita lakukan ketika menguap.Menguap adalah perbuatan yang berasal dari syaitan.

Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda yang membawa maksud:

"Sesungguhnya Allah SWT suka kepada orang-orang yang bersin dan membenci orang-orang yang menguap.Maka apabila seseorang dari kamu menguap, jangan sampai berbunyi kerana yang demikian itu, syaitan akan mentertawakanmu,"(Hadis Riwayat Imam Muslim, Ahmad dan At-Tarmidzi)

Selain itu, daripada Abu Said Al-Khudri r.a katanya: Telah bersabda Rasullullah s.a.w yang bermaksud:

"Apabila seseorang dari kamu menguap hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk melalui mulut yang terbuka."(Riwayat Imam Muslim)


Oleh itu,perkara yang harus kita lakukan ialah kita hendaklah
  • berusaha menahan diri daripada menguap dan melakukannya sekadar yang termampu.
  • meletakkan tangan di atas mulut ketika menguap sama ada dalam solat atau di luar solat.
  • elakkan diri dari mengeluarkan suara ketika menguap.
  • apabila kita berjaya menahan daripada menguap, lalu kita membayangkan yang Rasullullah tidak pernah menguap maka dengan izin Allah, akan hilanglah perasaan hendak menguap itu.
  • sunat mengucapkan 'Astaghfirullah' selepas kita menguap.


Wallahu'alam..

No comments:

Post a Comment